Doa kami, mendapat anak soleh
Sekadar catatan...
Ari ni, lapang sikit.. tu yang sempat nak mencoret sepatah dua kata dlm blog baby tersayang ni.. maybe petang ni, nak pergi ke Pasar mini plak.. check stock kat sana xsiap lagi.. InsyaAllah settle lah tak lama lagi.. sabar.. InsyaAllah akan ada ganjaran dari Nya kepada hambaNya yang sabar..

emmm.. sebenarnya nak citer kisah si alia ni.. yelah, sekarang dia dah pun mencecah usia 1 tahun 8 bulan.. dan, banyak perkembangan baru yang boleh dikongsi sesama sahabat semua..
boleh dikatakan sekarang ni, setiap kali kami sembahyang .. dia pun ikut sama lah.. ummi dah sediakan kain sembahyang untuk dia satu.. InsyaAllah lah setakat ni, dia boleh lah ikut arahan lagi.. didoakan semoga berpanjangan lah kepatuhan dia tu.. cuma, tak boleh nak kata yang dia akan sembahyang sempurna macam kita lagilah .. biasalah.. baru2 nk belajar.. mula2 tu, oklah.. angkat takbir, baca fatihah (terkumat-kamit mulut je lah).. dan, terus sujud.. emmm.. bukan sujud.. tapi, terus meniarap.. :) aaa... lepas tu, start lah perkara lain yang dia buat.. jalan sana, jalan sini.. sammmpailah kami siap sembahyang..
lepas tu, doa sesama kami, then salam + sayang abah dan ummi.. then, baca qur'an sesama.. sekarang ni, tak main dah mathurat.. nak baca tafsir terus .. ada sekali tu.. xnak sembahyang.. nak baca qur'an jek.. puas pujuk.. xnak sembahyang gak.. so, abah bagilah dia dok atas katil, bagi tafsir satu.. dan, bacalah dia sorang2.. pandai plak dia baca (bahasa dialah..)
emm apa lagi ek.. aa.. kalau nak menyusu, memang tadah tangan baca doa.. tapi, ummi yang terpaksa baca untuk dia.. biasalah tu..
dari segi vocab, tak banyak perkataan yang dia boleh berbanding mok dek.. tapi, dia paham lah apa yang orang kata.. then, boleh dikatakan untuk bahagian tubuh badan tu,.. cthnya, head, hair, ear, ear, lips, teeth, mouth, tongue, armpit, stomach, elbow, legs tu dia tahu lah tunjuk yang mana satu.. oklah.. hari2 belajar kat umah ngan ummi dan abah. Dan, banyak jugak yg dia belajar masa dok umah mok ngan mak sedara dia yg lain (chik + da).
sekarang ni, nak tahun baru cina, so memang minat dia iklan tv3 tu.. aa.. satu lagi.. tak boleh lepas lah peluang kalau ada iklan yang ada baby.. meemang dia ingat.. kalau dengar musik saja pun, dia dah ingat dah.. bergegas lah pergi depan tv, nak tengok iklan kegemaran.. :)
oklah.. tu jelah kut.. untuk masa ni, .. wassalam

0 Comments:
Post a Comment
<< Home