Ulangtahun Mok Yang Ke 65 Tahun

AlhamdulilLah.. sujud syukur ke Hadrat Ilahi di atas rahmatNya kerana masih memanjangkan umur ibu kami yang terkasih fillah. Redha dengan takdir, ketiadaan ayah di sisi.. namun kami masih dapat berbangga dengan adanya seorang ibu yang sangat cekal dan tabah menghadapi segala rintangan membimbing dan mendidik kami sehingga ke tahap sekarang.. yang boleh di katakan berjaya.. AlhamdulilLah.. kami bersyukur di atas RahmatMu Allah..
Syukur kerana mengurniakan kami ibu yang sangat penyayang dan sangat tabah dalam mengharungi cubaan dan dugaan mendidik kami, takkala suami tiada disisi. Setelah ummi bergelar ibu sendiri, barula ummi sedar, betapa getirnya menghadapi hidup ini tanpa suami disisi..
Betapa tegarnya semangat seorang ibu, menjaga anak - anak yang masih dahagakan kasih seorang ayah.. bekerja tanpa kenal penat lelah.. demi menyekolahkan dan memberikan pendidikan kepada kami.. itulah mek.. Ibu terkasih kami..
Maafkan di atas segala kesilapan kami..
Kami berusaha menjadi anak solehah dan yang terbaik buat mek..
kami mendoakan semoga mek akan beroleh keberkatan di dunia dan akhirat..
Ya Allah, limpahkan lah keberkatan dan kesejahteraan ke atas ibu terkasih fillah kami.. Engkau kurniakan lah juga ibu kami dengan kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa bergembira di samping anak - anak dan cucu - cucu tersayang..
Berkatilah ibu kami dengan segala nikmat dunia dan golongkan lah beliau di kalangan mereka yang beriman dan beruntung Ya Allah.. kasihanilah ibu kami dan arwah ayah kami sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kami kecil lagi Ya Allah...
Panjangkan lah umur ibu kami dan berilah yang terbaik dari Mu buat ibu kami..
Semoga mek dan ayah akan tergolong di kalangan mereka yang beruntung..
AMin.. Ya Rabbal Alamin..

0 Comments:
Post a Comment
<< Home