Cahaya Kesyukuran Yang Tinggi: Selamat Hari Lahir Kedua Tahun

Wednesday, May 25, 2005

Selamat Hari Lahir Kedua Tahun

Tanggal 25hb May 2005, genaplah usia Alia tersayang kami dua tahun. Telah banyak pengalaman dan kenangan manis yang tak dapat kami lupakan sepanjang kami bersama dengan "anugerah" Allah ini.. sesungguh nya tidak ada kata - kata yang dapat kami ungkapkan bagi melahirkan rasa Syukur kami kepadaNya.. dan, pastinya masih banyak ilmu yang perlu kami garab dan perlu kami cari dalam proses mendidik anak supaya menjadi seorang yang solehah, berilmu dan sentiasa cintakan Allah..
Yang pasti, kami sebagai ibubapa perlu lah banyak bersabar dalam apa jua keadaan pun bagi membolehkan impian ini tercapai..
Kami sentiasa mendoakan semoga segala usaha dan impian kami ini akan mendapat keredhaan dan keberkatanNya sentiasa.. Amin.
-----------------------------------------------------------------------------------
Sempena menyambut hari lahir alia, kami telah mengadakan majlis secara sederhana.. bertempat di rumah mok tok.. selepas isyak..
Abah belikan alia kek dan pak ngah belanja satee kat pasar minggu..
tapi, yang tak seronok malamnya, mok dek dah tido sebab keletihan.. so, iya sambut sorang - sorang la birthday dia..
-----------------------------------------------------------------------------------

kek yang telah di beli oleh Abah di kedai kek Sungei Wang kat bandar kemaman.. Alia paling suka makan buah cherry kat atas kek tu.. boleh dikatakan semua dimakannya, cuma tinggalkan satu untuk mokdek coz dia tido.. sian mokdek tak dapat nak sama - sama ngan iya makan kek..


0 Comments:

Post a Comment

<< Home