Tiga Tahun Laa
AlhamdulilLah.. anak yang kami didik dan bimbing selama ini, sudah pun mencecah umur tiga tahun.. Syukur di atas anugerah Ilahi ..
Teringat kata - kata Cik Sue, "Ingat kan kak Ya (panggilan manja Alia sekarang memandangkan dia bakal dapat adik..) dah umur empat tahun.. rupa - rupa nya baru tiga tahun.." Yela, kalau nak kira dengan ketinggian dia, dan banyak mulutnya, memang ingatkan dia dah pun berumur empat tahun.. apapun, kami tetap gembira dengan perkembangan nya selama ini. Doa kami, semoga Alia @ kak ya akan menjadi seorang anak yang solehah dan berjaya dalam hidup. Amin..
Teringat kata - kata abah, tak semestinya orang yang berjaya dalam pelajaran akan berjaya dalam hidupnya, tetapi kami tetap inginkan yang terbaik buat anak kesayangan kami ini.
Semoga kak ya akan menjadi seorang berjaya suatu hari nanti.. Amin..
Apapun, Abah dan ummi sudah dapat berbangga dengan pencapaian kak Ya setakat ini.. walaupun baru tiga tahun, tapi sudah banyak 'tugas - tugas' ringan yang ummi dan abah boleh harapkan kak ya selesaikan..
tambahan, kesedarannya yang akan mendapat adik, . memang ummi gembira apabila kak ya sendiri yang menawarkan diri untuk membantu ummi dalam apa yang patut. Memang dia sendiri yang akan membilang tugas - tugasnya yang bakal menanti apabila sudah mempunyai adik.. :) .. seronok pulak bila mendengarkan celotehnya..
Kekadang juga, kelakuannya yang prihatin akan keadaan ummi, akan membuatkan perasaan ummi tersentuh... beberapa kali jugak la.. kalau ummi merungut "Kak ya, ummi penatla.. " or "kak ya, ummi sakit kepala la.. " cepat - cepat la dia akan buat apa yang patut.. picit kepala la, sekejap picit kaki la, then, selimutkan ummi la.. kipaskan ummi la..cium ummi la.. ntah, ada la yang dia buat to make ummi more comfortable with it.. di layannya ummi as a baby la.. (maybe dia teringatkan apa yang ummi buat kat dia kalau dia yang merungut.. ) .. hik. terharu ummi bila teringat kan semua tu..
Ada satu ketika tu, abah pergi kerja.. then, just leave ummi and kak ya je kat umah. Kebetulan pulak, ummi demam ari tu.. sekali teringat, nak suruh je chik nana pergi je ambik kak ya kat umah, tapi takut menyusahkan chik pulak. So, ummi biarkan aje kak ya bersama ummi.. memang dia pun tahu yang ummi demam, tak banyak karenahnya.. malah dia yang tolong ummi ambik kan towel dan bekas berisi air, nak letak kat kepala ummi kata nya.. emm.. terharunya ummi.. terdetik dalam hati.. "bagusnya anak ummi ni.." dan, dilayannya ummi macam budak kecik la.. di tanya ummi sejuk ke, di selimutkan, di tolong mana yang patut.. dan, dia akan bermain dengan 'baby - baby' nya.. tanpa di ganggu ummi yang demam.. AlhamdulilLah.. kak ya semakin pandai dan makin cerdik sekarang.. ummi sentiasa doakan semoga kak ya akan menjadi anak yang berjaya suatu hari nanti, dan menjadi kebanggaan ummi dan abah serta keluarga..
Buat masa sekarang, kalau ditanya apa cita - cita kak ya apabila besar nanti, pasti dijawab "nak jadi doktor".. itula jawapan nya .. bukan ummi dan abah paksa kak ya dalam memilih pekerjaan apabila besar nanti, terpulang pada kak ya.. semoga pilihan kak ya adalah selari dengan pilihan Ilahi.. InsyaAllah.. kami ibubapa kak ya akan tetap mendoakan yang terbaik buat kak ya.. dan, baby nanti..
Teringat akan baby, kak ya akan selalu membetulkan panggilan kami padanya.. katanya dia dah nak jadi kak long,.. so, dia mintak kami memanggilnya dengan panggilan "Along".. bukan lagi kak ya.. ok la.. nanti ummi dan abah biasakan panggilan tu apa bila kak ya dapat baby nanti ye.. :D
Sempena birthday kak ya, ummi ada framekan satu gambar yang ummi edit sendiri sebagai kenangan dari ummi buat kak ya tersayang. As attached here, this is the picture.

>>> Ummi pilih gambar ni, coz kak ya suka sangat dengannya,.. dia sendiri yang buat "pesen kaki kewek" ... :D
>>> Gambar ni di abadikan semasa kami ke Putrajaya..
>>> Hepi birthday kak ya, dari ummi dan abah.
>>> We love u so much

0 Comments:
Post a Comment
<< Home