
Alhamdulillah..
Syukur ku panjatkan padaNya kerna dengan izinNya, dapat juga ummi update sedikit website aliasyakirah ni..
tidak dapat nak dinafikan, terlalu banyak kerja dan tugas tertunggak dan job baru yang perlu diselesaikan. Lebih - lebih lagi baru masuk kerja setelah 2 bulan berpantang. emm.. teringat kata - kata sorang sahabat, "berpantang baik dalam Islam".. yup.. Alhamdulillah, selepas berpantang, banyak faedah yang ummi dapat. Antaranya, mind and body makin fresh.. dan yang paling gembira, berat badan menurun kembali kepada asal.. :D kalau nak diikutkan, takut tengok badan yang gelembung semacam je masa dekat nak bersalin ari tu, tapi syukur la.. hasil daripada berpantang le.. ummi dapat turunkan berat badan. Saje nak rekod, supaya ummi boleh ingat other time, yang berat ummi masa dekat nak bersalin naik sehingga 67kg.. isy.. berat tu.. 'melebihi had'.. sepatutnya bagi yang pregnant, just naik sebanyak 11-13 kg je dari berat asal.. tapi, ni dah naik sebanyak 17kg.. :D
Alhamdulillah.. berat as at now, 49kg.. yes.. ummi berjaya turunkan berat badan.. itulah faedahnya berpantang..
emm.. bercerita pasal ummi, lupe nak bercerita pasal si kecik yang gembo - gembo ni.. sayang ummi.. Ahmad Muadz Zikry.. :D
maybe ummi tak sempat nak type story pepanjang pasal si kecik ni, tapi yang pasti ummi bersyukur sangat dengan kehadirannya .. Alhamdulillah.. ahli keluarga bertambah seorang lagi, dan tanggungjawab serta amanah juga bertambah.. sayang, semoga kami dapat membimbing dirimu ke jalan yang betul dan doa kami, semoga dirimu akan menjadi seorang anak yang soleh dan diredhai olehNya.. Amin..
p/s: gambar ni di ambil semasa Ahmad Muadz berumur sebulan.. nanti ummi akan story detail kronologi tumbesaran Ahmad Muadz lain kali,k.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home